LIGA 1 MALAYSIA AJURAN JKKK KG.DAMAK

LIGA 1 MALAYSIA AJURAN JKKK KG.DAMAK


KERAJAAN NEGERI PAHANG TAK BOLEH GUNA WANG RAKYAT


Kerajaan Negeri Pahang tak boleh guna wang Rakyat untuk bayar saman RM60 juta
Oleh: Rozaini binti Mohd Rosli
Kuantan, 17 September: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan defenden, Kerajaan Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang yang merayu terhadap keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka supaya membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd sebanyak RM37,127,471.60 beserta faedah 8% setahun bermula 31 Disember 2000.
Hakim-Hakim yang telah mendengar kes rayuan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed. Mereka telah sebulat suara menolak rayuan defenden.
Kes Kerajaan Negeri Pahang & Pengarah Perhutanan Negeri Pahang vs Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini telah berlarutan sejak tahun 2000 lagi.
Seruan Gemilang Makmur telah menyaman kedua-dua defenden kerana mengingkari perjanjian konsensi balak; di mana syarikat tersebut telah tidak dibenarkan mengeluarkan balak daripada baki keluasan tanah balak yang dipersetujui.
Sebulan yang lalu, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd telah memfail perintah bayar, usul pemula terhadap pihak berkuasa negeri Pahang, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd juga akan memfail satu lagi usul pemula, menurut Section 33 Government Proceeding Act, terhadap Menteri Besar Pahang Dato’ Adnan. Usul itu disertai perintah mesti bayar di mana kegagalan membayar saman tersebut akan menatijahkan contempt of court; yang bermaksud bahawa pihak yang bersalah boleh dipenjarakan.
Kes kecuaian pentadbiran kerajaan negeri Pahang telah mengakibatkan kerugian lebih RM60 juta wang Rakyat, setelah diambilkira faedah. Jumlah ini akan terus meningkat sebanyak RM8300 setiap hari kerana faedah ke atas kelewatan membayar saman tersebut.
[Kelihatan dalam gambar, Syed Ali bertali leher, salah seorang pemilik saham dalam Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, dan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan dalam Sidang Media 30 Julai,2008 lalu]
Rakyat tidak patut di hukum dengan menaggung rugi yang sedemikian besar kerana ketidakkompeten pentadbiran yang diketuai oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah menimbulkan isu tersebut dalam Kenyataan Media beliau pada 30 Julai, 2008 lalu (Kenyataan Media Fuziah Salleh dilampir). Tegas Fuziah Salleh, sekiranya saman tersebut perlu dibayar, hendaklah ia diambil dari harta dan khazanah seluruh EXCO kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob.
————————————————————————————-
Kenyataan Media Fuziah Salleh pada 30 Julai, 2008:

MB PAHANG,HENTILAH MENGADAI HAK RAKYAT

MB PAHANG, HENTILAH MENGGADAI HAK RAKYAT
Kuantan, 30 Julai; Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Pahang dituntut membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dalam kes samannya terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Keputusan tersebut telah mengakibatkan kerugian itu ditanggung oleh Rakyat Pahang.
Justeru itu, satu perintah mahkamah untuk membayar saman tersebut sudah dikeluarkan. Perintah mahkamah yang dipohon adalah untuk mensita hakmilik kerajaan negeri.
Keadaan ini jelas merupakan hasil dari sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang di terajui oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob. Kalahnya kerajaan negeri Pahang dalam kes saman oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini juga mempamerkan bahawa pentadbiran negeri Pahang telah dilaksanakan dengan membelakangkan prinsip-prinsip good governance, ketelusan dan integriti.
Bagaimanakah pula kerajaan negeri Pahang akan membayar RM37,127,471.60 itu dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000; dengan hutang yang kini berjumlah RM1.72 bilion? (menurut akaun negeri berakhir Disember 2006 yang telah disahkan oleh audit Negara) Keadaan ini juga bermaksud bahawa jumlah wang tersebut itu terpaksa pula ditanggung oleh Rakyat jelata di negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras, membayar cukai, kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab ini.
Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan Negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya ia suatu kezaliman di pihak kerajaan terhadap seluruh Rakyat negeri Pahang.
Pentadbiran negeri Pahang telah berani menyanggahi amalan good governance serta mempamerkan sikap bahawa kerakusan dan kekuasaan politik Umno dan BN di pihak pemerintah boleh mengatasi segala kekuasaan yang lain, hatta undang-undang negara sekalipun.
Manakala ketirisan aset dan khazanah negeri yang berterusan menjadikan Pahang sebuah negeri yang hampir muflis walaupun kaya dengan berbagai sumber hasil.
Menteri Besar mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tingkahlaku menggadaikan hak rakyat oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri Pahang dari kemelut yang lebih parah, yang hanya akan merugikan rakyat.
Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Isnin, 5 Oktober 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN BELIA KG.SOM

1 ulasan:

  1. Tahniah kepada Persatuan Belia Kg Som Kerna Dapat menyediakan rangkaian Perhubungan(Blog) Semoga Persatuan Belia Kg som Akan Terus bergiat aktif dan terus maju di masa akan datang..ehem2 lawo gambor?hehe..

    BalasPadam